Menjamu selera anak-anak dan suami di rumah merupakan salah satu nikmat terbesar bagi para isteri. Namun kadang-kadang pastinya anda tiada idea untuk masak apa hari ini, kan? Justeru kami cadangkan ibu mencuba resepi ayam masak merah yang mudah dan tentu anak suka!
Anak-anak yang sedang membesar perlu dibekalkan tenaga mencukupi. Jika berkesempatan, ibu sediakanlah makanan kesukaan mereka kerana air tangan anda pengikat kasih sayang dalam keluarga.
Resepi ayam masak merah yang simple dan mudahTiap orang lain cara masakannya. Sekali-sekala tak salah cuba resepi ayam masak merah cara orang lama. Mana tahu ia lebih sedap dan menarik berbanding yang anda buat sebelum ini.
Menu ayam masak merah menjadi kesukaan ramai, terutamanya anak-anak sekolah. Namun perlu dipastikan bahawa anda memilih lada kering yang tidak pedas bagi memastikan mereka dapat makan dengan berselera.
Perkongsian resepi ayam masak merah oleh Nor Haidah Md Said menerusi salah satu kumpulan Facebook telah meraih lebih 1,400 share daripada ahli yang lain.
Ayam masak merah cara kenduri kahwin. Sempat belajar dengan arwah mak dulu. Banyak kali dah buat tapi rasanya takkan sama dengan arwah mak masak.
Bersyukurlah bagi anda yang masih memiliki seorang ibu.
Resepi ayam masak merah cara orang dulu-dulu:
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (digaul garam dan kunyit) goreng dahulu tapi jangan garing sangatBahan kisar:
2 genggam cili kering (rebus dahulu) 1 biji setengah bawang besar 6-7 ulas bawang putih Setengah ibu jari halia Setengah jari belacan (jika suka) 2 biji buah tomato saiz besarBahan tumis
Tiga sekawan 1-2 batang serai dititikkan 1 biji bawang besar dihiris 4-5 helai daun pandan (wajib ada) Susu cairCara memasak
Cedok minyak dari goreng ayam tadi dalam tiga senduk Tumiskan dahulu bahan tumis hingga semua layu. Kemudia tuangkan bahan kisar Biarkan bahan-bahan garing dan pecah minyak. Jika nampak macam kurang minyak, tambahkannya sedikit-sedikit Lepas sudah garing, tambahkan gula, garam dan perasa Kemudian tuang satu senduk susu cair Biarkan pecah minyak sekali lagi. Boleh tambah air kalau terlalu pekat Dah cukup rasa dan sebati, barulah masukkan ayam goreng. Gaul sekata dan tabur hirisan bawang besar Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan sambal. Siap! Resepi nasi tomato pelengkap ayam masak merahResepi ayam masak merah kenduri ini juga sesuai digandingkan bersama nasi putih, nasi tomato ataupun beriani. Untuk sedikit kelainan dan lebih istimewa, apa kata anda cuba resepi tomato yang mudah ini.
Resepi nasi tomatoBahan-bahan:
2 sudu minyak sapi ghee 1 sudu mentega Rempah 4 sekawan 4 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia (dipotong nipis) 1 tin kecil tomato puri 1 cawan susu cair Kismis 7 cawan beras basmati (direbus 80% masak)Cara penyediaan:
Panaskan periuk, masukkan minyak masak, ghee dan mentega. Masukkan juga rempah 4 sekawan. Goreng sehingga naik bau. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng sehingga kekuningan. Masukkan tomato puri, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan susu cair. Seterusnya, masukkan tomato yang telah dipotong dan buah kismis. Masukkan beras basmathi. Akhir sekali, letak bawang goreng dan ghee. Biarkan 5-10 minit dengan api yang kecil. Kemudian gaul rata dan tutup api. Biar 10-15 minit. Siap sedia untuk dihidang!Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Kurma Daging Style Neelofa Untuk Haris, Nampak Sedap & Sungguh Menyelerakan
Baca juga: Resepi Crab Rangoon Yang Rangup & Sedap, Kudapan Viral TikTok Kesukaan Anak-Anak!
Baca juga: 5 Resepi Koktail Buah Viral Yang Mudah & Sedap, Minuman Penyejuk Tekak Paling Meriah!