Quantcast
Channel: theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5673

Rangkaian Nama Anak Perempuan Huruf S Yang Cantik & Indah Untuk Tahun 2023

$
0
0

Kehadiran cahaya mata memberikan aura tersendiri dalam keluarga. Tidak kiralah ia anak pertama atau kedua, ibu ayah pasti teruja menyediakan keperluan bayi. Jika anda bakal menimang bayi perempuan, apa kata semak beberapa nama anak perempuan huruf S yang indah ini.

Tidak dinafikan bahawa menantikan detik kelahiran memberikan pelbagai perasaan dalam diri ibu ayah. Dalam teruja, ada juga rasa berdebar memikirkan proses bersalin nanti kan? Ia adalah normal. Yang pasti fikirlah perkara yang baik dan banyakkan berdoa agar dimudahkan urusan.

Pilihan nama anak perempuan huruf S

Apabila suami isteri mendapat cahaya mata, pasti proses pemilihan nama antara waktu yang agak lama dibincangkan. Hal ini kerana biasanya masing-masing ada pilihan nama sendiri untuk anak bakal lahir kelak.

Justeru, kebanyakan ulama’ mengatakan bahawa hak memberikan nama anak adalah hak bapa. Namun tidak menjadi kesalahan sekiranya ibu memilih dan memberikan namanya.

Firman Allah :

فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَى وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ

Maksudnya: Maka tatkala isteri ‘Imran melahirkan anaknya dia berkata : Wahai Tuhanku sungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan dan Allah lebih mengetahui dengan anak yang telah dilahirkan itu dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan. Sungguhnya aku telah menamakan anak itu dengan Maryam.” (Al-Imran : 36)

Dalam hal ini walaupun bapa mempunyai hak menamakan anak yang dilahirkan namun jika si ibu mempunyai nama yang lebih elok, maka berilah hak itu kepada ibu kerana meraikan kesusahan mengandung anak tersebut dan melahirkannya.

Senarai nama anak perempuan huruf S Sa’diyah: Kegembiraan, keseronokan, penuh cinta Sabha: Cantik, manis, kacak, menawan Sabhira: Lembut, tenang, anggun Sabrina : Mawar putih, manis, manis muka, cantik Safaira : Kejelasan, kesucian, ketenangan Safaniya : Mutiara, istimewa, manis, disayangi Safinah : Jujur, soleh, amanah Safiqa : Penyayang, penyayang, popular Safwa : Yang terbaik, yang terpilih Shakila : Kacak, cantik, manis Sahl : Halus, lemah lembut, ikhlas, sabar, pemaaf Saida : Gembira, bertuah, berjaya, sihat Saiqa : Bersinar, berseri, popular, disukai ramai Sairish : Unik, bunga, cantik Sakina : Berwibawa, tenang, lembut, berkarisma Salima : Pelindung, pendengar yang baik Salmir :Pengorbanan, baik hati, lemah lembut Nama anak perempuan Islam: Saniya : Kaya, makmur, istimewa Nama ank perempuan yang cantik Sarifah : Popular, bijak Shezi : Seorang puteri yang wangi, baik dan popular Nama anak perempuan huruf S: Shiza : Anugerah Tuhan yang membawa kebahagiaan dan keberuntungan Soraya : Puteri, cantik, kaya, baik, menawan Suhailah : Lembut, lembut, peramah, sopan, sopan Suhaimah : Ceria, gembira, bertuah Syafaa : Murni, cerah, ceria, menyeronokkan Shadza : Pandai, bijak, terpuji, sangat pandai, wangi Shafima : Mutiara, berharga, suci, baik Syahira : Terkenal, tersohor, terkenal, popular, bijak Syammaa : Yang hidung mancung, menarik, muka cantik, muka manis Shaquilla : Bermata kebiruan, cantik, istimewa Nama anak perempuan huruf S: Syasya : Berseri-seri, ceria, gembira Sharifah : Berhormat, bijak, dihargai, istimewa Sarah : Puteri Raja, Nama isteri nabi Sabina : Bunga, pedang kecil Sabar : Takdir Allah, satu kejadian Syafa : Hikmah, penyembuh Nilam : Istimewa Safiyya : Seorang wanita yang tenang Nama anak perempuan huruf S: Sofia : Bijaksana Sahara : Gurun, tanah tiada manusia Saima : Kelajuan Cadangan nama ank perempuan huruf S Salwa : Sayang Salam : Keselamatan Samira: Pemberi kebahagiaan Nama anak perempuan huruf S: Sharefa : rezeki Siti : Seorang wanita, kelembutan hati Shiva : Penyembuh Shafiyah : Seseorang yang sering memaafkan Nama bayi perempuan: Sahira : Mata air, cahaya bulan Suri : Bintang paling terang ketujuh Suria : matahari Sahara : Subuh, awal pagi Sumaira : Malam yang sunyi Stella : Memiliki erti bintang Suci: Bersih tak ternoda Sufiya : Yang taat Sukma: Kedalaman, kehidupan Syafina : Mutiara Syafrina : Penuh kesabaran Syahira : Terkenal, ternama Syahirah : Terkenal, ternama Syiffa : Penuh kebaikan Sumaya : Bermaruah Shaila : Perkataan indah Sawda : Yang sentiasa diberi rezeki Shabina: Sungguh seorang yang berani Gabungan nama anak perempuan S dengan dua perkataan

Sekiranya ibu ayah merancang untuk meletakkan nama anak perempuan huruf S menggunakan dua perkataan, bolehlah semak beberapa pilihan di bawah ini.

Sarah Darleena : Nama isteri Nabi Ibrahim A.s, cintaku Salena Aafiya : Bulan sihat Saleha Ayesha: Benar baik Sajeeda Medina : Bersujud kota Madinah Safa Aleeya : Suci, bersih, tinggi kedudukan Gabungan nama bayi perempuan huruf S: Shaheen Nazura : Penyayang pemimpin Shakira Alisha : Mensyukuri hidup, yang mulia Shaima Azkiya: Baik, solehah Shafwah Mardhiyah : Keikhlasan cinta mendapat keredhaan Shafaa Aina: Kejernihan mata yang cantik Sayeeda Farha: Pemimpin bahagia Satirah Malaika: Wanita yang menutup aib, bidadari Gabungan nama anak perempuan huruf S: Safwa Nabila : Wanita yang lemah lembut dan baik hati Sakinah Azahra : Wanita yang tenang dan lembut Salima Adinda : Pendengar yang baik dan bijak Sana Iryani : Pandai berkawan, peramah, dan ceria Sharika Zaskia : Seorang yang bijak pandai Sofia Putri Adam : Ikhlas, anak yang berani Gabungan nama anak perempuan S: Syafa Shafira : Penyembuhan, seseorang yang boleh menyembuhkan Salsabilah Laila : Ketenangan ibarat mata air di syurga, wanita yang tenang dan dilahirkan pada waktu malam Salma Alwaliah : Keselamatan dan keberkatan Salwa Yumna Yasmin: Rahmat yang manis Sakira Sajidah : Satu bentuk kesyukuran Gabungan nama anak perempuan S: Syasya Sayquilla : Satu keistimewaan Sarah Fadhila : Puteri, bijak Syafima Ariana : Anak yang berharga

theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 200+ Nama Anak Perempuan Malaysia Islam Dengan Erti Yang Indah (Huruf K-Z)

Baca juga: Panduan Memilih Nama Anak Mengikut Waktu & Hari Kelahiran, Pasti Sesuai Sekali Dengan Bayi Anda!

Baca juga:  Letak Nama Anak Dengan Nama Vjay, Wanita Dikecam Netizen Dedah Maksud Sebenar


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5673

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>