Quantcast
Channel: theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5671

Makanan Dalam Tin Sesuai Ke Untuk Wanita Hamil? Ini Ibu Kena Tahu Dulu

$
0
0

Makanan dalam tin atau canned food sering menjadi pilihan ramai orang kerana ianya mudah disediakan dan boleh mengenyangkan perut kita apabila sudah terlalu lapar. Bila mula rasa malas atau ingin jimat, makanan dalam tin sahaja pun cukup. Nak panaskan atau pun tidak, terserahlah. Buat sahaja ikut cita rasa masing-masing. Namun, adakah selamat untuk wanita yang sedang hamil menikmati makanan dalam tin ini?

Biasanya sepanjang 40 minggu kehamilan, wanita mengandung perlu memberikan perhatian yang lebih khusus terhadap makanan yang ingin dinikmati. Mana tidaknya, ia penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan. 

Sememangnya makanan tin mempunyai kekurangannya yang tersendiri untuk diambil oleh wanita yang sedang mengandung. Namun, tidak semuanya berbahaya dan anda perlu menilai dahulu makanan dalam tin jenis apakah yang sesuai untuk ibu hamil atau tidak.

Boleh ke Ibu Hamil Makan Makanan Dalam Tin?

Hampir semua makanan dalam tin mempunyai lapisan epoksi (epoxy) yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) sebagai sebahagian daripada komposisinya. Bahan kimia ini adalah pengganggu endokrin yang terkenal kerana berupaya menyebabkan masalah pembiakan, kognitif dan tingkah laku pada kanak-kanak. 

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa pengambilan BPA oleh wanita hamil boleh dipindahkan kepada janin yang sedang membesar dalam perut dan mempunyai kesan negatif terhadap perkembangan bayi pada masa hadapan. 

Pendedahan BPA dalam rahim pula telah dikaitkan dengan obesiti kanak-kanak, komplikasi pembiakan, akil baligh pada kanak-kanak perempuan, kemurungan, kebimbangan, penyakit diabetes serta jantung.

Jadi, berdasarkan kepada risiko-risiko ini, sudah tentu, wanita hamil perlu mengelakkan tahap BPA yang tinggi untuk kesihatan anak

Malangnya, bahan kimia (BPA) ini ada dalam kebanyakan kandungan makanan tin. Melainkan pada tin itu ada menyatakan bahawa produk itu bebas BPA, ia tidak akan 100% bebas daripada toksin tersebut.

Jadi, pucuk pangkalnya di sini adalah sekiranya ibu hamil tetap ingin mengambil makanan segera ini, sila pastikan anda pilih tin bebas BPA bagi mengelakkan risiko pada bayi dalam kandungan.

Cara Masak Makanan Dalam Tin Dengan Betul

Canned food memang lebih murah dan mudah dimasak. Bahkan, ada juga yang boleh dimakan terus. Walaupun begitu, untuk menyediakan makanan jenis ini, ia perlulah dengan cara yang betul agar tidak memudaratkan diri.

Penting untuk anda tahu, makanan dalam tin tidak boleh dimasak dalam tin. Ini kerana tindakan tersebut berupaya untuk membebaskan bahan kimia berbahaya dari tin dan lapisan plastik ke dalam makanan.

Tin yang diperbuat daripada timah, aluminium, keluli, dan logam lain boleh membebaskan toksin seperti kromium dan nikel apabila dipanaskan. Begitu juga, lapisan dalam makanan dalam tin mungkin mengandungi BPA yang boleh meresap ke dalam makanan apabila dipanaskan.

Walaupun ketoksikan daripada makan makanan dalam tin yang dipanaskan mungkin tidak menyebabkan masalah kesihatan segera, namun kajian menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan diabetes dan kanser dalam jangka masa panjang. Tambahan pula, memasak dalam tin boleh menyebabkan tin pecah atau meletup, yang berpotensi menyebabkan kecederaan.

Meskipun makanan tin selamat untuk dimakan, namun langkah yang terbaik adalah menyediakannya dengan selamat.

Sebaik-baiknya, ambil makanan yang ada didalam tin sejurus selepas anda membukanya tanpa masak atau memanaskannya semula. Namun begitu, jika anda ingin memanaskan makanan tersebut, sila keluarkannya dari dalam tin dan isinya ke dalam kuali untuk dimasak mahupun dipanaskan. 

Adakah Buah Dalam Tin Selamat untuk Ibu Hamil?

Buah-buahan segar adalah pilihan terbaik, terutamanya apabila ia sedang dalam musimnya. Namun jangan salah faham, anda juga boleh mendapatkan sejumlah besar vitamin dan mineral daripada buah dalam tin.

Dalam sesetengah kes, canned food boleh menjadi lebih berkhasiat berbanding makanan segar yang telah dimasukkan ke dalam peti simpanan sejuk atau yang diangkut dengan jarak jauh ke kawasan anda.

Proses pengetinan melibatkan haba yang tinggi dan boleh mengurangkan atau meningkatkan nutrien tertentu dalam sesetengah makanan. Sebagai contoh, vitamin larut air seperti vitamin C dan B cenderung berkurangan disebabkan oleh haba.

Sebaliknya, tomato dan jagung mengeluarkan lebih banyak antioksidan apabila dipanaskan, jadi nilai pemakanannya meningkat kerana pengetinan.

Walaupun makanan tin mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding dengan makanan segar, namun rasa, tekstur dan kualiti makanannya boleh berkurangan dari semasa ke semasa.

Sesetengah buah dalam tin masih selamat untuk wanita hamil. Selain memastikan produk itu bebas BPA, anda juga boleh memilih buah dalam tin daripada jus buah asli. Elak memilih buah dalam tin yang mengandungi bahan tambahan seperti sirap atau sirap jagung fruktosa kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi. Pengambilan kandungan gula yang berlebihan akan membuatkan anda menambah kalori yang tidak diperlukan. 

Selain itu, anda juga boleh pilih buah dalam tin tanpa kandungan garam atau rendah natrium bagi memastikan ia lebih selamat dan tidak menjejaskan diet anda ketika hamil. Dalam pada itu, jangan sesekali membeli makanan itu jika tinnya kemek, sudah terbuka, pecah, bocor, berkarat atau kembung. Ini kerana kandungannya mungkin sudah tercemar dan boleh menyebabkan anda keracunan makanan.

Risiko Selalu Makan Makanan Dalam Tin dan Buah Dalam Tin

Ikan sardin, tuna dalam tin, makanan dalam tin adabi, makanan dalam tin yeos bahkan cendawan dalam tin merupakan antara kegemaran ramai rakyat Malaysia. 

Selain rasanya yang sedap, ia juga sangat mudah disediakan malah ada yang tidak perlu dimasak untuk menikmatinya. Namun, yang pasti khasiatnya tidaklah banyak seperti mana jika mengambil makanan segar terus. 

Canned foods selalunya dibungkus dengan lebihan natrium dan bahan pengawet lain untuk meningkatkan jangka hayatnya, yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang negatif terhadap kesihatan anda, terutamanya jika diet anda kebanyakannya penuh dengannya.

Terlalu banyak natrium boleh menyebabkan kesan negatif pada tekanan darah dan keadaan berkaitan jantung yang lain. Selain itu ia juga boleh menyebabkan pengekalan air dalam badan yang boleh menyebabkan bengkak.

Dalam pada itu, kira-kira 10% makanan dalam tin masih mempunyai lapisan yang membawa bahan kimia BPA, dan jika diambil secara kerap, ia boleh meningkatkan tekanan darah dan malah boleh meningkatkan risiko kanser. Jika anda ingin membeli makanan dalam tin, pastikan pada tin dinyatakan dengan jelas bahawa ia bebas BPA.

Untuk wanita hamil, mendapatkan makanan yang segar sememangnya lebih digalakkan berbanding canned food. Ini akan memastikan makanan anda dibuat dengan bahan makanan yang paling asli dan pengawet serta perasa yang digunakan juga berada dalam kuantiti yang minimum. 

Makanan frozen atau sejuk beku ialah pilihan kedua terbaik dan kadangkala lebih baik daripada makanan segar kerana ia tahan lebih lama. Makanan sejuk beku tidak memerlukan bahan tambahan dan bahan kimia yang sama, seperti BPA yang biasanya ada pada makanan dalam tin.

Jangan risau, banyak makanan sejuk boleh didapati dan ia sama mudahnya dengan makanan ada dalam tin. Jadi, cuba dapatkan apa yang lebih berkhasiat untuk anda ya!

Sumber

Eat This Not That (June 5, 2020). Side Effects of Eating Too Many Canned Foods. https://www.eatthis.com/side-effects-eating-canned-foods/

Healthline (Oct 9, 2019). Canned Food: Good or Bad? https://www.healthline.com/nutrition/canned-food-good-or-bad

Baby Center (n.d). Is it safe to eat canned fruits and vegetables during pregnancy? https://www.babycenter.in/x1029038/is-it-safe-to-eat-canned-fruits-and-vegetables-during-pregnancy

The Prenatal Nutritionist (n.d). Is Canned Food Safe For Pregnancy. https://www.theprenatalnutritionist.com/is-canned-food-safe-for-pregnancy/

Real Conservera (Aug 2, 22). Is Canned Food Harmful During Pregnancy? https://realconservera.com/en/is-canned-food-harmful-during-pregnancy/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pengambilan Makanan Tinggi Potassium Penting Untuk Ibu Hamil, Boleh Kurangkan Bengkak Juga!

Baca juga: Ibu Alami Morning Sickness Yang Teruk? Ini Cara Hilangkan Rasa Nak Muntah Dengan 5 Jenis Makanan

Baca juga: Baik Untuk Pertumbuhan Janin,10 Makanan Kaya Dengan Vitamin B12 Buat Ibu Hamil & Menyusu


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5671

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>