Quantcast
Channel: theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5672

Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

$
0
0

Bagi ibu muda dan moden, penggunaan seluar jeans adalah perkara biasa setiap hari. Jika awal trimester, ia mungkin masih selesa. Namun seiring pertambahan usia kehamilan dan saiz perut yang semakin besar, ada kalanya ia boleh menjadi semakin ketat.

Justeru adakah ibu mengandung boleh pakai jeans? Jika terlalu ketat adakah ia boleh jejaskan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan? Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat penjelasan berikut daripada pakar kesihatan ibu dan anak.

Ibu mengandung pakai seluar jeans

Anda perlu tahu, sebenarnya tiada kajian yang mengatakan pemakaian seluar jeans semasa mengandung berbahaya untuk ibu atau bayi. Namun begitu, terdapat batasan tertentu yang perlu dipatuhi oleh setiap bakal ibu dalam memilih pakaian yang betul.

Wanita tidak menyedari hakikat bahawa rahim berfungsi untuk menahan banyak tekanan, menghalang janin daripada cedera dan mengandungi banyak air ketuban yang melindungi janin.

Memakai seluar jeans pada awal kehamilan mungkin masih rasa selesa, tetapi memasuki trimester kedua dan ketiga, tidak lagi.

Pakar mengatakan sehingga 12 minggu kehamilan, perut wanita hamil belum menunjukkan ketulan. Pada masa ini masih selamat untuk anda memakai pakaian yang biasa dipakai.

Kemudian pada 14-16 minggu kehamilan, ketulan di perut akan mula muncul. Pada usia kandungan ini anda dicadangkan memakai pakaian seperti seluar atau skirt yang lebih selesa.

Kemudian pada usia kandungan 18-22 minggu, apabila perut sudah besar digalakkan memakai pakaian yang jauh lebih longgar dan selesa terutama di sekitar pinggang.

Kemungkinan risiko apabila memakai seluar jeans

Kajian pada tahun 2015 menyatakan bahawa tubuh wanita mengalami banyak perubahan akibat kesan hormon semasa kehamilan. Perubahan ini berlaku secara semula jadi untuk menyokong rahim.

“Aktiviti hormon melegakan ligamen dan meningkatkan kapasiti dada dan rongga perut,” memetik halaman Punch Healthwise.

Berikut adalah beberapa risiko yang mungkin timbul daripada persoalan sama ada wanita hamil boleh memakai  seluar jeans atau pakaian ketat lain.

1. Risiko meningkatkan tekanan

Seorang bidan di Lagos, Ijeoma Igim, dalam wawancaranya dengan PUNCH HealthWise, berkata wanita hamil yang memakai pakaian ketat mengalami tekanan yang tinggi.

Ijeoma berkata, perkara ini sering dilakukan oleh wanita hamil berusia 20-an. Dan menurut catatannya, beberapa aduan ibu hamil berkaitan sakit perut kebanyakannya berpunca akibat pemakaian seluar yang ketat itu.

“Wanita hamil yang memakai pakaian ketat akan berasa agak terbatas. Ini dapat dilihat dari cara mereka duduk ketika datang untuk penjagaan antenatal, anda akan tahu bahawa mereka tidak berasa bebas,” kata Ijeoma lagi.

2. Menghalang pergerakan bayi

“Ramai wanita hamil semasa pemeriksaan antenatal datang memakai seluar jeans dan pakaian yang ketat. Dalam beberapa kes, seluar seluar yang sangat ketat di bahagian pinggang boleh menjejaskan pergerakan bayi dalam kandungan,” jelas Ijeoma.

3. Boleh menyebabkan pengecutan bayi 

Kajian 2015 yang diterbitkan oleh Institut Kesihatan Nasional menasihatkan agar tidak memakai pakaian ketat  kerana ia boleh meningkatkan fundus rahim, melembutkan rahim dan perut serta mengurangkan ketegangan dinding perut pada wanita yang dimasukkan ke hospital kerana risiko keguguran atau bersalin pramatang.

“Walau bagaimanapun, tiada kajian yang mendalam bagi mengesahkan secara konklusif keberkesanan mengelakkan pakaian ketat (di sekeliling tubuh) pada wanita hamil, ” kata pengarang kajian itu.

Ada juga pakar yang mengatakan, selain mengehadkan pergerakan bayi, jeans yang ketat boleh menyebabkan tekanan, kontraksi pramatang, loya dan muntah.

4. Menghalang peredaran darah

Ibu-ibu perlu berhati-hati apabila memakai seluar jeans semasa mengandung.

Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi di Apollo Cradle, India, Dr. Meenakshi Ahuja, berkata, walaupun setakat ini belum ada kajian yang membuktikan pemakaian seluar jeans semasa mengandung bahaya untuk ibu atau bayi, tetapi anda perlu mengelak daripada mengenakan pakaian yang terlalu ketat.

Pada dasarnya, ia boleh menghalang peredaran darah dalam tubuh ibu.

“Peredaran darah sangat penting untuk ibu dan janin. Terutama pada trimester kedua dan ketiga kerana perut semakin menonjol. Sesetengah ibu gemar memakai jeans dengan alasan hendak menyembunyikan perut mereka. Tindakan sebegini sebenarnya tidak disyorkan,” kata dr. Meenakshi.

5. Punca bengkak dan vena varikos

Bukan sahaja pakaian, penggunaan stokin atau stoking yang ketat semasa hamil, katanya, juga boleh mengurangkan peredaran darah dari kaki dan bawah kaki.

Kesannya ia boleh menyebabkan bengkak, pengekalan cecair dan memburukkan lagi urat varikos.

6. Jangkitan kulat

Selain menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan, pakaian yang ketat mengurangkan pengudaraan dan membawa kepada jangkitan kulat.

Persatuan Kehamilan Amerika (APA) mengatakan pakaian ketat boleh menyebabkan faraj tidak ‘bernafas’ dan meningkatkan jangkitan kulat pada kawasan tersebut.

“Wanita hamil mengalami peningkatan rembesan faraj semasa hamil. Penggunaan pakaian dan seluar dalam yang ketat boleh mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk kulat wujud secara semula jadi di dalam faraj dan menyebabkan jangkitan,” kata APA.

7. Sembelit

Sembelit adalah salah satu masalah kecil yang paling biasa dialami oleh wanita hamil dan pakaian ketat boleh memburukkan lagi keadaan ini.

Disebabkan oleh seluar jeans yang ketat boleh mendatangkan lebih banyak kesan negatif kepada wanita hamil, Ijeoma menasihatkan untuk para ibu menyimpan pakaian ketat sehinggalah bersalin dan badan bersedia untuk memakainya semula.

Semoga bermanfaat!

Penulis asal Esther Sondang. Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

Baca juga: Makan Coklat Ketika Mengandung, Ia Mampu Membuatkan Ibu & Bayi Rasa Bahagia

Baca juga: Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5672

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>