Tahun ini, si kecil anda sudah berusia 7 tahun dan bersedia masuk ke alam sekolah rendah. Ibu ayah yang memiliki anak atau jagaan dilahirkan pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 serta 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019 bolehlah bersedia untuk daftar tahun 1 2024/2025 ke sekolah masing-masing.
Prosedur permohonan daftar tahun 1 2024 mengikut pilihan sekolah di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi Sistem Pendaftaran Dalam Talian KPM.
Tarikh permohonan daftar tahun 1 2024/2025Permohonan pendaftaran murid ke tahun satu ambilan 2024 dan 2025 secara online ini adalah terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.
Ibubapa dan penjaga diingatkan peka terhadap tarikh permohonan daftar tahun 1 2024/2025 apabila dibuka iaitu bermula 1 Mac 2023 hingga 30 April 2023.
Sila ambil perhatian terhadap tempoh masa yang diberikan kerana kelewatan mendaftarkan anak ke tahun 1 selepas sistem permohonan ditutup akan merumitkan lagi proses permohonan.
Daftar tahun 1 2024/2025 secara onlineObjektif Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) dibangunkan adalah bagi memudahkan anda membuat permohonan tanpa perlu mengisi borang manual, menjimatkan masa daripada berulang-alik ke pejabat sekolah untuk membuat permohonan.
#1. Pengguna sedia adaBagi anda yang pernah menggunakan sistem SPATKPM hanya perlu log in ke sistem dengan menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata laluan yang didaftarkan sebelum ini, kemudian klik butang “Daftar Masuk”.
Setelah berjaya log masuk, sila pilih dan klik menu Kemaskini Profil Murid. Senarai nama anak akan dipaparkan. Sila klik nama anak dan berikut beberapa perkara yang perlu anda kemaskini:
Profil Anak Jagaan Alamat Anak Jagaan Maklumat Penjaga Maklumat KesihatanJusteru ibu ayah dinasihatkan untuk sediakan siap-siap buku kesihatan anak sebelum key in rekod imunisasi mereka ke dalam sistem.
#2. Pengguna sistem SPATKPM kali pertamaKepada ibu ayah atau penjaga yang pertama kali menggunakan Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia [SPATKPM], anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna sistem SPATKPM, klik pada butang “Pengguna Baru” dalam ruangan Daftar Masuk.
Pengguna baru perlu melengkapkan maklumat diri yang diperlukan bagi mendapatkan kata laluan untuk mengakses sepenuhnya sistem SPATKPM.
Untuk panduan selanjutnya dan lengkap, sila rujuk kepada pautan ini.
Ibubapa / penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran permohonan perlu mencetak bukti maklumat permohonan online. Tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan akan diberitahu dalam sistem SPATKPM.
Sebarang pertanyaan lanjut dan masalah mengenai pilihan sekolah ataupun masalah pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan), anda boleh menghubungi nombor telefon dan emel pegawai e-daftar mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan.
Untuk butiran, sila klik pada pautan ini.
Bagaimana jika terlupa kata laluan dan tidak boleh log masuk?Ibu ayah boleh mendapatkan kata laluan menerusi permohonan semula kata laluan menerusi e-mel yang telah daftarkan ketika daftar pengguna baharu ataupun melalui soalan keselamatan.
Bolehkah jika datuk/nenek/penjaga rumah kebajikan/rumah anak yatim daftar tahun 1 2024?foto: kosmo
Menurut laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, anda boleh menjadi penjaga utama dan mengemaskini data dengan syarat:
Anda telah memaklumkan maklumat tersebut kepada guru kelas dan memasukkanmaklumat anda kedalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) di bahagian maklumat
penjaga. Tindakan selepas melengkapkan maklumat
Setelah ibu ayah atau penjaga melengkapkan maklumat yang dikehendaki, anda perlu klik
SIMPAN di setiap maklumat yang telah dikemaskini.
Akhir sekali pergi ke bahagian Perakuan Maklumat, tandakan butang selesai dan klik HANTAR. Semua
maklumat ini akan sampai kepada guru kelas anak anda dan mereka akan membuat pengesahan terhadap pindaan maklumat yang dilakukan.
Bagi pihak ibu ayah dan penjaga, anda boleh mencetak jika hendak membuat simpanan manual.
Semoga bermanfaat!
Kredit foto: Izad Asmawi
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Selain Kemahiran 3M, Terapis Cara Kerja Senarai Lima Skil PENTING Sebelum Anak Masuk Darjah 1
Baca juga: 10 Aktiviti Motor Kasar Yang Best & Anak Teruja Nak Buat, Bantu Menguatkan Otot Mereka
Baca juga: JPN MyKid Ditangguh Enam Bulan Bagi Tahun 2023, Ibu Disaran Guna Sijil Lahir Untuk Urusan Rasmi