Boleh Atau Tidak?
Ada doktor mengatakan anda tak boleh buat senaman squat ketika hamil? Tapi, ada juga doktor yang suruh anda buat senaman ini untuk memudahkan proses bersalin.
Serabutnya…
Sebenarnya, boleh ke tidak melakukan senaman squat ketika hamil?
Ha… jawapannya boleh!
Lagipun, senaman ini sungguh mudah. Bila anda tunduk untuk ambil barang pun, anda umpama membuat senaman squat!
Tapi, ada beberapa keadaan juga di mana anda tak digalakkan buat senaman ini. Jom kita belajar sama-sama, okay?
Pertama, jom kita tengok apakah kebaikan melakukan senaman squat ketika anda hamil.

Kredit gambar: Yoga For Two
5 Kebaikan Melakukan Senaman Squat Ketika Anda Hamil
#1 Meningkatkan kekuatan otot lantai pelvik
Senaman squat dengan teknik yang betul (pastikan anda buat teknik yang betul, ya!) akan membantu anda meningkatkan kekuatan otot lantai pelvik. Nanti anda akan lebih senang untuk bersalin!
Latihan ini juga dikatakan lebih bagus daripada senaman kegel.
#2 Elak sakit belakang atau sakit pelvik
Senaman squat akan menguatkan otot gluteal yang membentuk punggung. Otot gluteal akan menstabilkan pelvik dengan menyokong sendi sarkoiliak.
Sebab itu ia boleh mengelak sakit belakang atau sakit pelvik yang disebabkan oleh kelonggaran ligamen! Tika hamil, anda akan mengeluarkan hormon relaxin dan progestron. Ini punca ligamen melonggar.
#3 Bagi anda bersedia untuk bersalin
Senaman ini boleh buat anda bersedia untuk bersalin sebab ia seolah-olah posisi sebenar ketika anda mengalami kontraksi ketika nak bersalin.
Bila anda buat squat, anda juga membantu bayi makin turun ke bawah, menghampiri pelvik.
Malah menurut pakar, senaman ini membantu mengurangkan masa bersalin sebanyak 90 minit!
#4 Kuatkan otot kaki
Senaman ini juga boleh menguatkan otot kaki anda! Jadi, lepas ini ketika ingin bersalin, anda akan membenarkan graviti membuka pelvik dengan lebih luas.
#5 Punggung lebih cantik!
Inilah rahsia punggung anda kekal umppp sebelum dan selepas bersalin. Hehe.
Tapi, jangan buat senaman squat bila…
1 – Kedudukan bayi tidak optimum selepas 30 minggu
Squat membantu menurunkan bayi ke bawah – ke pelvik. Tapi, jika bayi dalam kedudukan yang tidak optimum (seperti songsang), jangan tolak mereka ke bawah lagi.
2 – Sakit
Jika anda rasa sebarang kesakitan bila buat senaman ini, berhenti buat! Anda boleh mengubah sedikit teknik. Semak How to Squat During Pregnancy untuk teknik yang betul, ya!
3 – Faktor perubatan
Ada juga senario di mana anda tak boleh nak “mempercepatkan” proses bersalin. Contohnya seperti kes Vasa Previa atau kandungan bawah 35 minggu yang kena makan ubat tertentu.
Bawa bincang dengan doktor anda sebelum buat senaman ini ya.
Berapa Kerap Kena Buat Senaman Squat?
Anda boleh buat senaman ini sebanyak 100 kali dalam masa seminggu. Cuba bahagikan 100 senaman ini kepada 3 bahagian besar.
Jangan terlebih buat sehingga 300 kali sehari! Nanti anda sendiri yang akan keletihan dan tak dapat sebarang manfaat pun.
Kaitan: 5 Senaman Anda Tak Patut Buat Ketika Hamil
Selamat mencuba ibu hamil semua. Kami mengharapkan semuanya baik saja untuk anda. Jangan lupa untuk jaga kesihatan juga, tau!
Sumber rujukan: Pregnancy Exercise
Baca juga:
Risau Miss V Terkoyak Teruk Ketika Bersalin? Ada 6 Cara Untuk Atasinya!
The post Senaman Squat Ketika Hamil – Boleh Atau Tidak? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.