Petua mudah bersalin dari ibu-ibu berpengalaman
Semua petua mudah bersalin ini diterbangkan khas oleh kami theAsianparent Malaysia buat anda. Ia diambil dari tips-tips ibu baru bersalin yang amat berguna untuk anda.
Kami telah menyoal 15 ibu-ibu yang baru lepas beranak untuk mengetahui apa petua mudah bersalin dan tips berguna yang ingin mereka kongsikan buat ibu-ibu baru di luar sana.
Ini antara apa yang mereka minta semua ibu baru ikut:
#1 Jangan masuk bilik bersalin dengan perut kosong

Kredit: MomJunction
Petua mudah bersalin yang paling penting adalah anda kena makan sesuatu. Tak kisahlah apa yang anda makan, tapi anda memerlukan tenaga untuk bersalin.
Jadi, jangan masuk bilik bersalin dengan perut kosong, ya? – Maryam Muhammad, 32
#2 Guna abs di perut itu, ibu!
Kalau anda tak mahu sakit punggung, jangan cuba meneran dengan tenaga dari punggung. Sebaliknya, guna abs atau otot perut untuk menolak.
Walaupun anda tak ada otot perut yang berketul-ketul ini, anggap saja seperti ada! – Shahirah Yusuf, 29
#3 Jangan kisah apa orang kata
Tak kisahlah anda bersalin dengan cara c-section, normal, tanpa ubat atau sebagainya, itu semua tak penting. Yang penting anda telah bertarung nyawa untuk melahirkan anak anda.
Ini bukan satu pertandingan! – Siyathama, 29
#4 Jadikan jururawat sebagai kawan

Kredit: leehealth.org
Memang doktor yang akan menyambut kelahiran bayi anda. Tapi jururawat yang 24/7 dengan anda sehinggalah anda beranak. (Pakar gynae saya hanya datang selepas saya cuba meneran).
Jururawat ini yang akan membantu, membimbing dan memastikan anda kekal kuat untuk bersalin. Jadi jangan lupa untuk buat mereka sebagai kawan! – Eliza Zakaria, 26
#5 Jangan takut dengan najis
Petua mudah bersalin paling menarik: Najis mempercepatkan lagi proses bersalin.
Jadi anda boleh pilih sama ada nak menderita 3 jam meneran atau meneran selama setengah jam saja (walaupun terberak). Pilihan anda? – Amanda, 32
#6 Ambil pengajaran dan pengalaman dari proses bersalin
Memang ramai ibu baru yang clueless tentang proses ini. Tapi, lebih baik anda ambil semua pengajaran dan pengalaman tersebut agar lebih bersedia! – Hanifah Omar, 29
#7 Jangan takut untuk menjerit

Kredit: parenthub.com.au
Simpan semua tenaga anda untuk masa ini. Anda boleh menangis, menjerit, meraung dan sebagainya ketika ingin bersalin – Diyana, 30
#8 Lupakan tentang semua rancangan bersalin anda
Sepanjang mengalami 3 kali proses bersalin, tak pernah sekali pun rancangan bersalin saya tepat. Anak pertama dulu saya ingat nak bersalin normal, tapi kena emergency c-section pula.
Petua mudah bersalin saya: belajar dari pengalaman – Foo Yi Ling, 34
#9 Kemas beg untuk ke hospital lebih awal
Kemas beg awal-awal! Lebih bagus kalau anda start mengemas ketika kandungan masuk minggu ke-34.
Lebih senang siap awal-awal sebab anda tak dapat agak bila bayi ini nak keluar! – Wan Xin, 28
#10 Jangan takut dengan benda-benda kecil

Kredit: Huffington Post
Anda risau ada orang yang akan lihat bahagian bawah anda? Jangan risau tentang hal itu. Sebenarnya, ia sebahagian daripada proses.
Semua akan nampak tapi mereka ada di situ untuk menolong anda! – Cynthia Koh, 30
#11 Belajar dan belajar
Cakap dan belajar dengan doktor anda di hospital tentang bagaimana cara penyusuan yang betul, apa tanda-tanda kemurungan selepas bersalin dan sebagainya.
Anda perlu semua ilmu tersebut! – Hafizah Usman, 27
#12 Bawa kamera!!!
Selepas selesai saja anda beranak, pasti anda mahu mengabdikan gambar kenangan dengan anak tersebut kan? Jadi jangan lupa bawa kamera, ya! – Fatin, 31
#13 Pilih lampin untuk orang dewasa

Kredit: YouTube
Kalau anda tak bawa pad untuk wanita bersalin, anda juga boleh membeli lampin buat orang dewasa. Lampin ini senang bagi anda tidur dengan selesa.
Tak payah nak risau tentang darah nifas dan sebagainya – Nasuha, 25
#14 Yakin anda boleh!
Anda boleh memikirkan rasa sakit dan kontraksi itu sebagai salah satu cara untuk bagi bayi senang keluar. Dengan itu, anda akan kurang rasa sakit.
Yakinkan diri anda yang anda boleh! Anda in charge! – Nabilah, 35
#15 Jadi berani
Ketakutan dan kerisauan adalah musuh utama dalam minda anda sekarang. Jangan bagi badan anda tertekan. Anda kena berani dan mengingatkan diri yang proses bersalin ini normal. Semuanya akan okay! – Michelle Goh, 26
Anda ada tips-tips atau petua mudah bersalin yang lain untuk bakal ibu-ibu baru ini? Mari kongsikan ia dengan mereka.
Walau apapun, kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan selamat maju jaya untuk anda yang bakal bersalin kelak. Ingat petua mudah bersalin kami ini. Moga-moga anda sentiasa dilindungi-Nya.
Amin.
Artikel disumbang oleh theAsianparent Singapore
Kredit gambar: Girls Gone Strong
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga:
6 Perkara Tentang Bersalin Yang Bidan Mahu Semua Ibu Mengandung Tahu
The post 15 petua mudah bersalin yang dikongsikan oleh ibu-ibu yang baru lepas beranak appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.