Quantcast
Channel: theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5691

Apa kelayakan dan cara yang selamat jika ibu mahu bersalin di rumah?

$
0
0

Baru-baru ini ramai yang memperdebatkan soal keselamatan bersalin di rumah selepas kematian seorang bayi baru lahir di negeri Johor.

Siasatan polis telah memutuskan doula terbabit tidak bersalah dan punca kematian bayi itu bukanlah kerana menggunakan perkhidmatan doula. 

Kepentingan proses bersalin yang selamat – adakah bersalin di rumah pilihan bijak?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia proses bersalin yang selamat adalah proses bersalin yang dikendali oleh individu terlatih (skilled birth attendants) dan ia mesti dikendali dalam persekitaran yang bersih dan bersesuaian.

Ini kerana pada setiap peringkat kelahiran, terdapat risiko terhadap ibu dan bayi.

Inilah sebab mengapa pengawasan dan pengendalian perlu dilakukan oleh orang terlatih untuk mengurangkan komplikasi. Apabila dalam kecemasan, alat-alat seperti vakum, forsep atau pembedahan amat penting dan ia boleh menyelamatkan.

Oleh itu, ibu-ibu yang bertekad untuk bersalin di rumah dengan selamat perlu mendapatkan pemeriksaan dan menempah wakil kesihatan terlatih dalam bidang kebidanan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

ibu bersalin, wanita bersalin, ibu bersalin di rumah, bersalin di rumah, hospital untuk bersalin, bersalin, home birth video, home birth definition, home birth tumblr, home birth vs hospital birth, home birth video 2017, home birth malaysia, home birth issue in malaysia, home birth uk, home birth kit, home birth stories, cara bersalin di rumah, prosedur bersalin di rumah, bersalin di rumah bersama suami, bersalin di rumah bidan, bersalin di rumah sendiri, bersalin di rumah meninggal, bersalin di rumah youtube, bersalin di rumah video, bersalin di rumah seorang diri, pengalaman bersalin di rumah, cerita bersalin di rumah

Siapa yang layak untuk bersalin di rumah?

Sebelum ibu hamil ingin memutuskan untuk bersalin di rumah, mari ketahui siapa yang layak beranak di rumah.

Ibu yang tidak ada sebarang risiko kehamilan dan sudah melakukan pemerikasaan kehamilan boleh berbincang dengan anggota kesihatan untuk membuat tempahan bersalin di rumah. 

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyenaraikan kelayakan ibu bersalin di rumah seperti berikut:

  • ibu yang mengandung kali ke 2 – ke 5
  • ukuran tinggi ibu lebih dari 145 cm
  • ibu berusia lebih dari 18 tahun dan kurang dari 40 tahun
  • ibu berkahwin yang ada sokongan keluarga
  • kandungan lebih dari 37 minggu atau kurang dari 41 minggu
  • Anggaran berat bayi 2.5 kg hingga 3.5 kg
  • TIADA masalah kehamilan lalu seperti sejarah kelahiran secara pembedahan, lekat uri, pendarahan selepas bersalin dan lain-lain.
  • TIDAK mempunyai masalah kehamilan seperti kedudukan uri di bawah atau plasenta previa, bayi kembar, kedudukan janin di dalam rahim tidak normal (seperti bayi songsang/ melintang/ menyerong) dan lain-lain.
  • TIDAK ada masalah perubatan seperti kencing manis, hipertensi (darah tinggi), penyakit jantung, penyakit tiroid, psikiatri, obesiti, anemia dan lain-lain.
  • Keadaan rumah yang sesuai untuk bersalin di rumah.

**Nota penting : Semasa proses bersalin, jika berlaku komplikasi terhadap ibu dan bayi, anggota kesihatan yang menyambut kelahiran perlu merujuk ke hospital berhampiran dengan SEGERA.

Apa risiko komplikasi bersalin di rumah TANPA anggota kesihatan terlatih?

ibu bersalin, wanita bersalin, ibu bersalin di rumah, bersalin di rumah, hospital untuk bersalin, bersalin, home birth video, home birth definition, home birth tumblr, home birth vs hospital birth, home birth video 2017, home birth malaysia, home birth issue in malaysia, home birth uk, home birth kit, home birth stories, cara bersalin di rumah, prosedur bersalin di rumah, bersalin di rumah bersama suami, bersalin di rumah bidan, bersalin di rumah sendiri, bersalin di rumah meninggal, bersalin di rumah youtube, bersalin di rumah video, bersalin di rumah seorang diri, pengalaman bersalin di rumah, cerita bersalin di rumah

Apabila bersalin di rumah TANPA orang terlatih yang mempunyai kemahiran dan alat-alat perubatan yang lengkap, anda sedang mempertaruhkan nyawa ibu hamil serta bayi yang bakal dilahirkan.

Dalam kecemasan, risiko dan komplikasi boleh berlaku kepada ibu dan bayi semasa proses kelahiran. Antara risiko seperti berikut adalah:

Risiko dan komplikasi ke atas ibu:

  • tekanan darah yang tidak dapat dikawal boleh mengakibatkan kematian sekiranya tiada rawatan.
  • bersalin dengan bantuan peralatan atau pembedahan
  • kelahiran yang sukar atau rahim pecah yang menyebabkan pendarahan tidak terkawal dan kematian.
  • pendarahan dari uri yang lekat atau cebisan selaput mentuban yang boleh mengakibatkan kematian sekiranya tidak dirawat.
  • Pendarahan dari faraj yang koyak teruk dan jangkitan kuman.
  • Peralatan yang tidak steril.

Risiko dan komplikasi ke atas bayi:

  • kelahiran tersekat dan bayi lemas akibat kedudukan bayi yang tidak normal seperti bayi songsang, menyerong atau melintang. Ini boleh berlaku jika tiada pemeriksaan dijalankan kepada bayi dalam kandungan
  • pernafasan tersekat dan jangkitan paru-paru jika tersedut air ketuban yang dicemar najis bayi dalam kandungan (meconium).
  • dijangkiti kuman kerana peralatan yang tidak steril ketika memotong tali pusat 
  • suhu badan bayi terlalu rendah (hypothermia) sehingga menyebabkan kekurangan oksigen
  • kecacatan dan masalah kesihatan pada bayi yang tidak dikesan dan diberi rawatan kerana tiada pemeriksaan awal dijalankan ke atas bayi.

Walaupun bersalin di rumah lebih aman dan menjaminkan kelahiran tanpa gangguan, untuk keselamatan semua orang, adalah lebih baik untuk bersalin di hospital atau klinik yang ada doktor dan jururawat terlatih.

Sekurang-kurangnya di hospital, mereka ada semua kemudahan yang diperlukan serta kemahiran untuk melakukan segala-galanya dalam masa kecemasan atau komplikasi.

Jika ibu-ibu ingin maklumat lanjut mengenai cara selamat untuk bersalin di rumah, anda boleh menperolehinya dari klinik dan hospital kerajaan serta klink dan hospital swasta.

 

 

 

Sumber: MyHealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

The post Apa kelayakan dan cara yang selamat jika ibu mahu bersalin di rumah? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5691

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>