Quantcast
Channel: theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5676

Menyentuh hati! Janin 21 minggu ini sentuh jari doktor selepas selesai pembedahan

$
0
0

Tangan bayi comel yang sudah terbentuk sempurna itu tiba-tiba menggenggam jari doktor bedah seolah-olah ingin berterima kasih padanya. Mari ikuti kisah menyentuh hati di dalam bilik pembedahan ini.

Kisah menyentuh hati tentang janin 21 minggu

Tepat sebelum Krismas tahun 2002 lalu, Tara Hallman diberitahu janin berusia 20 minggu yang sedang dikandungnya mengalami ‘spina bifida’, sebuah cacat lahir pada tulang belakang bayi.

Salah satu penyelesaian yang disyorkan oleh doktor adalah dengan melakukan pembedahan janin di saat bayi masih berada dalam rahim!

Sememangnya tiada cara perubatan lain yang dapat mengatasi masalah ‘spina bifida’ sehingga kebanyakan orang dulu-dulu memilih untuk menggugurkan kandungan jika mendapati bayinya menghidap masalah ini. Jika kehamilan diteruskan, bayi yang baru lahir dengan ‘spina bifida’ berisiko mengalami masalah kesihatan yang serius.

Fungsi pembedahan janin pada bayi spina bifida

Sebuah kajian baru yang diterbitkan di New England Journal of Medicine mengatakan  jika bayi dibedah saat masih berada dalam rahim, komplikasi ‘spina bifida’ dapat dikurangkan.

Penelitian ini dilakukan terhadap 158 ibu hamil yang bayinya mengalami ‘spina bifida’ dan menjalankan pembedahan janin. Hasilnya, bayi yang mengalami kecacatan otak berkurang sebanyak sehingga 1 per 3 dan hampir separuh bayi selepas dilahirkan dapat berjalan tanpa bantuan tongkat.

kisah menyentuh hati, kisah, menyentuh hati, ajaib, bilik bedah, spina bifida, keajaiban, bayi comel, 21 minggu, trimester kedua, dalam rahim, pembedahan, 'Hand of Hope"

Kisah menyentuh hati : Janin 21 minggu ini seolah-olah ingin berterima kasih

Foto ini menunjukkan bagaimana janin berusia 21 minggu yang dikandung Tara berusaha menggapai jari doktor bedah di saat proses pembedahan dalam kandungan. Bayi ini didiagnosis mengalami ‘spina bifida’ dan tidak akan bertahan hidup jika dikeluarkan dari rahim.

Selama prosedur pembedahan janin dilakukan, doktor mengeluarkan rahim melalui pembedahan caesar dan membuat belahan kecil untuk pembedahan janin.

Setelah pembedahan selesai dilakukan, bayi dan rahim tersebut dikembalikan semula ke dalam tubuh ibu. Ketika doktor bedah telah selesai melakukan tugasnya, tiba-tiba tangan bayi comel yang telah terbentuk sempurna ini keluar dari celah belahan tersebut dan memegang jari  doktor!

kisah menyentuh hati, kisah, menyentuh hati, ajaib, bilik bedah, spina bifida, keajaiban, bayi comel, 21 minggu, trimester kedua, dalam rahim, pembedahan, 'Hand of Hope"

Bayi ini seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor yang telah menyelamatkan nyawanya dan memberi kesempatan hidup lebih baik. Sungguh, ini kisah menyentuh hati.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia, CNN, instagram medical talk

Baca juga

Cerita Bersalin Ini Sungguh Gila Hingga Tak Dapat Diungkap Dengan Kata-Kata!

The post Menyentuh hati! Janin 21 minggu ini sentuh jari doktor selepas selesai pembedahan appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5676

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>