Jika anda melahirkan bayi melalui proses bantuan bersalin seperti ceaserean, forsep atau anda induce, anak anda berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi kesihatan jangka panjang berbanding anak yang lahir secara normal, itu kata kajian.
Kajian baru ini dibuat oleh para saintis dari Universiti Barat Sydney dengan kerjasama pengkaji antarabangsa. Mereka mendapati kanak-kanak yang lahir melalui proses bantuan bersalin mengalami risiko lebih tinggi untuk mendapat demam kuning dan mengalami kesukaran untuk menyusu.
Proses bantuan bersalin ini termasuklah cesarean, forsep dan penggunaan vakum semasa melahirkan anak. Menggunakan hormon untuk mempercepatkan proses bersalin juga termasuk dalam golongan ini.
Walaubagaimanapun, kajian ini tidak memasukkan kegunaan ubat tahan sakit dan epidural.
Bagaimana proses bantuan bersalin memberi kesan kepada bayi?
Untuk kajian ini, para pengkaji telah maneganalisa data dari 4,91,590 wanita dan anak mereka. Kanak-kanak ini kemudian dikaji untuk 5tahun seterusnya dan kajian berlangsung sehingga 2013.
Ini apa yang mereka jumpa:
- Kanak-kanak yang lahir dari bantuan bersalin menggunakan alat bersalin selepas di induce memiliki “risiko yang lebih tinggi untuk demam kuning dan mempunyai masalah menyusu.”
- Mereka yang lahir melalui cesarean pula mengalami risiko tinggi untuk menghadapi hipotermia selepas lahir.
- Bayi yang lahir selepas pembedahan cesarean kecemasan pula mempunyai kadar paling tinggi mengalami gangguan metabolik.
- Kanak-kanak yang lahir melalui bantuan bersalin juga mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan pernafasan, gangguan metabolik dan ekzema.
Bercakap mengenai kajian ini, Profesor Hannah Dahlen dari Universiti Barat Sydney berkata,
“Secara menyeluruh, keputusan mendapati anak yang mengalami masalah kesihatan jangka panjang atau pendek ini meningkat jika mereka dilahirkan melalui alat bantuan bersalin.”
Beliau menambah,
“Kajian juga mendapati banyak bukti saintifik yang anak lahir secara spontan dan normal, tanpa menggunakan alat-alat perubatan atau pembedahan, mengalami masalah kesihatan yang rendah.”
Bagaimanapun, pengkaji berkata yang kajian ini bukan dibuat untuk memberi tekanan kepada wanita.
Memberi peluang untuk ibu membuat pilihan
Profesor Dahlen berkata yang tujuan kajian ini adalah untuk memastikan yang yang bakal-bakal ibu boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat.
“Kajian ini adalah untuk para doktor memberikan maklumat berdasarkan bukti supaya mereka boleh membuat keputusan dengan mengetahui akibatnya.
Buat masa ini apabila berkaitan dengan proses bantuan, mereka hanya memberitahu tentang kesan jangka masa pendek tanpa membincangkan tentang potensi risiko jangka panjang.”
Semulajadi atau pembedahan: Mana yang anda patut pilih?
Walaupun kajian ini memberi kita maklumat baru, ia masih belum boleh menjawab soalan yang paling penting:
Adakah kelahiran semulajadi lebih penting dari kelahiran melalui bantuan?
Tidak kira bagaimana pun cara bersalin, kesihatan ibu dan anak perlu menjadi keutamaan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: TheAsianparent Singapore
Baca juga:
Apa kelayakan dan cara yang selamat jika ibu mahu bersalin di rumah?
The post Bantuan bersalin seperti forcep, induce atau vakum boleh beri masalah kesihatan jangka panjang pada bayi? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.