Mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran atau doa cepat bersalin perlu dimulakan ketika usia kandungan masih baru. Ia sedikit sebanyak membasahi lidah ibu dengan bacaan ayat- ayat yang boleh memberikan suntikan kerohanian.
Selain itu, terdapat juga beberapa doa-doa kecil menurut al-Quran yang mudah dihafal oleh ibu dan dipraktiskan semasa di labour room atau hampir due date. Jadikan 5 doa cepat bersalin ini sebagai panduan untuk para ibu.
Kelebihan hafal doa cepat bersalin:
- Diri lebih dekat dan kembali kepada Allah S.W.T
- Memudahkan proses bersalin seperti mana ajaran Rasulullah.
- Doa-doa ini telah dibaca oleh para nabi dan diturunkan dalam al-Quran
- Ibu akan rasa lebih tenang ketika proses bersalin
- Kelahiran bayi akan jadi mudah dan cepat. InsyaAllah
- Mengurangkan rasa gugup dan gementar untuk bertempuh ketika bersalin
- Salah satu sokongan kerohanian di samping doa keluarga dan suami
- Ibu lebih yakin untuk bersalin dan tak sabar nak melihat si kecil lahir ke dunia.
- Sentiasa yakin bahawa para malaikat turut mendoakan kesejahteraan ibu ketika melahirkan

kredit: pinterest
6 Doa cepat bersalin
1) Doa cepat bersalin: Surah Ali Imran, ayat ke-38
![]() |
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
2) Doa cepat bersalin: Ayat 100 Surah As Saaffaat
![]() |
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”
3) Doa cepat bersalin: Ayat 89, Surah Al Anbiya’
![]() |
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.
4) Doa yang sunat dibaca ketika hamil
Doa Nabi Yunus a.s. dalam Surah al-Anbiya’ ayat 21:87 :
5) Doa dari surah Maryam
6) Doa dari Surah An-Nahl ayat 78
The post 6 doa cepatkan proses bersalin untuk bakal ibu, jadikan ini sebagai panduan! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.