Apabila tarikh jangkaan bersalin hampir dekat, pasti ibu akan mencari cara buat air selusuh yang dikatakan mampu membantu ibu ketika proses melahirkan berlaku.
Ada yang setuju dengan kenyataan ini dan ada yang membantah kerana bagi mereka, air selusuh akan membuatkan wanita bertambah sakit ketika bersalin nanti. Mana satu yang betul, agaknya?
Tapi memang betul, doktor juga melarang ibu mengambil air selusuh ini jika due date masih lambat. Sebaiknya, air selusuh diambil ketika kontraksi bermula.
Malah, ada juga orang moden tidak percaya dengan keberkesanan air selusuh ini.
Namun bagi yang mempercayainya, mereka yakin air selusuh berperanan untuk memudahkan proses bersalin dan turut dijadikan sebagai penenang jiwa.
Ya benar, air selusuh ini adalah salah satu jalan ikhtiar yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Malah dari segi hukum Islam, ia juga adalah HARUS, selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam dan jampi serapah yang mengarut.
Berikut merupakan 3 cara buat air selusuh dengan bacaan doa dan ayat suci AL-Quran.
Anda boleh memilih salah satu daripada tiga cara ini. Air selusuh ini boleh dilakukan oleh suami, bapa atau sesiapa saja yang berkelayakan untuk membacanya.
3 cara buat air selusuh

Kredit: zuriat.my
1 – Cara buat air selusuh pertama
1. Baca surah Al Fatihah dan Surah Al-Hasyr ayat 21
2. Kemudian, baca selawat syifa dengan maksud yang berikut
“Ya Allah berikan Rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan serta kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya,”.
3. Baca doa ini:
“Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat,”.
Selepas dibaca, tiup pada air atau minyak dan perlu minum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
4. Sapukan air atau minyak diperut ibu dari atas ke bawah dengan selawat tujuh kali.
5. Minyak selusuh atau air selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila sakit hendak bersalin datang.
2 – Cara buat air selusuh kedua

Kredit: shopee
1. Beristighfar sebanyak tiga kali
2. Menghadiahkan bacaan kepada Rasulullah SAW, para sahabat dan pengikutnya.
3. Membaca surah Al-Fatihah sebanyak satu kali.
4. Selawat 11 kali
5. Baca surah Alam Nasyrah sebanyak 7 kali
6. Surah Al-Ikhlas tiga kali
7. Surah Al-Falaq tiga kali
8. Surah An-Nas tiga kali
9. Kemudian doa apa yang dihajati.
3 – Cara buat air selusuh ketiga
1. Baca surah Al-Fatihah (Apabila sampai di ayat yang kelima, lintaskan di dalam hati mohon memudahkan bersalin sebanyak tiga kali).
2. Selawat Syifa tujuh kali
3. Suarah Al-Hasyr ayat 21 perlu dibaca sebanyak tiga kali
4. Surah Al-A’raa ayat 54 dibaca tiga kali
5. Kemudian, hembus pada air, minyak atau buah kurma. Lalu diberikan pada ibu yang akan bersalin. Semoga urusan bersalin anda dipermudahkan dan kongsikan artikel ini di laman socmed anda.
Sumber: lydias health care
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Benarkah air selusuh mudahkan bersalin atau buat kontraksi makin teruk?
The post 3 cara buat air selusuh, boleh diminum bila kontraksi mula jadi appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.