Quantcast
Channel: theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5748

10 hospital bersalin kerajaan dan swasta TERBAIK area Kuala Lumpur/Selangor

$
0
0

Buat anda yang sudah masuk usia 35 minggu hamil, ini masa yang sesuai untuk membuat pilihan hospital bersalin mana yang ingin anda pilih. Adakah ia Hospital Bersalin Kuala Lumpur atau di sekitar Selangor?

Ada beberapa faktor yang akan mempengaruhi pemilihan hospital bersalin ini seperti

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mampu dan ada bajet lebih untuk proses bersalin di hospital yang lebih mewah dengan kemudahan fasiliti yang canggih dan berteknologi tinggi, ia terpulang pada hak individu itu sendiri. 

Berikut merupakan 10 gabungan hospital bersalin Kuala Lumpur dan swasta yang boleh dijadikan pilihan untuk anda. 

5 hospital bersalin Kuala Lumpur di bawah milik kerajaan 

1 – Hospital Ampang Kuala Lumpur 

Hospital Ampang terletak di Taman Pandan Mewah Ampang Selangor. Ia berada di lokasi yang strategik untuk penduduk sekitar Lembah Klang. 

Apatah lagi, wad pakar sakit puan dan perbidanan Hospital Ampang juga telah diperkembangkan kepada rawatan wad antenatal, post-natal, ginekologi, pusat bersalin dan perkhidmatan pembedahan. 

Antara kelebihan Hospital Ampang ini ialah ia mengadakan kelas antenatal secara percuma. Sekaligus, parents boleh menimba ilmu berkaitan keibubapaan dengan lebih mendalam.

Selain itu, jururawat dan staf di hospital ini juga arif berkaitan penyusuan dan tidak lokek menunjuk ajar kepada ibu yang masih keliru tentang penyusuan susu ibu yang betul.

2 – Pusat Perubatan Universiti Malaya

Pusat Perubatan Univeristi Malaya (PPUM) ditubuhkan pada 5 Ogos 1968.

PPUM merupakan organisasi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Objektif penubuhannya juga adalah menawarkan khidmat kesihatan, pembelajaran dan kajian. 

Menurut mereka yang pernah bersalin di sini, doktor wanita PPUM akan ajar cara untuk meneran dan ketika proses jahitan juga tidak sakit kerana diberikan ubat tahan sakit. 

Selain itu, wad bersalin PPUM juga selesa dan staf akan membantu membersihkan ibu dan bayi. 

3 – Hospital Shah Alam

hospital bersalin kuala lumpur, hospital bersalin selangor, hospital bersalin negeri, hospital bersalin, hospital bersalin daerah, hospital, senarai hospital bersalin kerajaan, senarai hospital swasta, hospital kerajaan, hospital swasta, senarai hospital, senarai hospital daerah KL, senarai hospital daerah selangor, senarai hospital swasta murah

Kredit: Mira Cikcit

Hospital Shah Alam terletak lebih kurang satu kilometer dari Bandaraya Shah Alam di Mukit Bukit Raja Daerah Petaling.  

Apa yang menyeronokkan di Hospital Shah Alam ini adalah jururawat dan doktor pakar yang sangat baik dan murah senyuman. Bahkan, kemudahan di wad juga bersih dan terbaik. 

Antara kemudahan lain yang disediakan di sini seperti kafeteria, surau, kedai serbaneka, perpustakaan, taman permainan dan lain-lain. 

4 – Hospital Kajang 

Apa yang menarik di Hospital Kajang adalah ia mempunyai kelas antenatal setiap bulan sepanjang tahun, perkhidmatan jururawat ke rumah selepas discharge dari wad, kumpulan sokongan penyusuan dan kos rawatan murah. 

Malah jururawat dan staf yang bertugas juga sangat mesra dan sedia membantu pesakit ketika diperlukan. 

5 – Hospital Sungai Buloh 

Seterusya ialah Hospital Sungai Buloh yang juga terletak berhampiran KL/Selangor. Ia menjadi pusat tumpuan orang ramai untuk mendapatkan rawatan. Sebab itu, jika anda pergi mendapatkan rawatan di sini agak sedikit bersesak dengan orang ramai. 

Walaupun ramai yang mengatakan wad bersalin di sini penuh dan kurang selesa, namun bagi saya yang mempunyai pengalaman bersalin di sini, semuanya manis dan baik-baik saja. 

Antara yang menarik di Hospital Sungai Buloh: 

  • Hanya doktor wanita yang check bukaan pintu rahim ibu ketika bersalin 
  • Wad yang bersih dan tandas yang besar memudahkan ibu menyiapkan diri
  • Jururawat sedia membantu ibu bagi menunjukkan cara-cara menyusu dengan betul 
  • Ciri-ciri keselamatan yang ketat  
  • Memberi lampin pakai buang secara percuma kepada ibu yang telah dibenarkan pulang

5 Hospital bersalin Kuala Lumpur milik swasta

Lima hospital bersalin Kuala Lumpur milik swasta ini antara yang terbaik dan mempunyai kos rawatan sederhana juga berpatutan. 

Sekaligus, ibu bapa tidak akan rasa terbeban untuk membayar kos perubatan ketika bersalin nanti. Bagi memudahkan anda membuat pilihan, saya senaraikan lima yang terbaik seperti berikut: 

1 – KPJ Specialist Hospital 

hospital bersalin kuala lumpur, hospital bersalin selangor, hospital bersalin negeri, hospital bersalin, hospital bersalin daerah, hospital, senarai hospital bersalin kerajaan, senarai hospital swasta, hospital kerajaan, hospital swasta, senarai hospital, senarai hospital daerah KL, senarai hospital daerah selangor, senarai hospital swasta murah

  • Antara rawatan: Pemantauan ibu dan bayi, ubat-ubatan, vaksinasi BCG dan Hepatitis B, rutin ujian darah, G6PD dan kumpulan darah serta lain-lain rawatan. 

Kos rawatan:

RM 3,299.00 – bilik 4 katil  (2 hari 1 malam) 

RM 3,599.00 – bilik dua katil (2 hari 1 malam) 

RM 3,999.00 – bilik satu katil  (2 hari 1 malam) 

2 – Hospital Pusrawi 

  • Antara rawatan: prosedur kelahiran normal, kelahiran caesarean, perundingan pakar sakit puan dan kanak-kanak, ujian darah dan vaksinasi. 

Kos rawatan

Pakej A : Bilik seorang (RM 2770)

Pakej B : Bilik berempat (RM 2207) 

3 – Al-Islam Specialist Hospital 

Kos rawatan

Bilik empat katil : RM2000

Bilik dua katil: RM2200

Bilik satu katil : RM 2500 

4 – Gombak Medical Centre 

  • Antara rawatan: perunding dari Dr. Pakar, prosedur bersalin normal, menawarkan perkhidmatan Aqiqah, vaksinasi, ubat-ubatan dan lain-lain. 

Kos rawatan

Bersalin normal : RM2250 

Bersalin normal + rawatan selepas bersalin : RM 2700

Bersalin normal (bukan warganegara) : RM2400 

5 – Rampai Puteri Medical Centre

  • Antara rawatan: review dari doktor, vaksinasi untuk bayi baru lahir, ubat-ubatan, hidangan untuk ibu berpantang, melakukan prosedur bersalin normal dan pembedahan. 

Kos rawatan

Suite room : RM 3,200 (2 hari 1 malam) 

Bilik satu katil : RM 2900 (2 hari 1 malam) 

Bilik enam katil : RM 2400 (2 hari 1 malam) 

Untuk maklumat yang lebih terperinci berkaitan kos rawatan di hospital yang disenaraikan ini, anda boleh terus layari laman web hospital berkenaan. 

Semoga perkongsian hospital bersalin Kuala Lumpur berikut memberikan anda sedikit pendedahan terhadap pilihan hospital untuk bersalin nanti. 

Bagi anda yang ada pengalaman bersalin di hospital lain yang tidak disenaraikan di atas, jangan malu dan segan silu untuk berkongsi pengalaman anda dalam ruangan komen di bawah ini.

Mungkin hospital tempat anda bersalin itu boleh dijadikan rujukan untuk pembaca yang lain.  Diharap perkongsian ini bermanfaat untuk semua. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar : Amanz 

Baca juga

6 Hospital Kerajaan Terbaik untuk Ibu Hamil

The post 10 hospital bersalin kerajaan dan swasta TERBAIK area Kuala Lumpur/Selangor appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5748

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>